Takaful Malaysia Am Berhad memperkenalkan pelan takaful motor fleksibel dengan perlindungan harian.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Sabri Ramli berkata, pelan tersebut menawarkan penyelesaian takaful inovatif, disamping melindungi kepentingan pengguna berasaskan keperluan.

Jelasnya, Takaful myClick Motor FlexiSaver menyediakan perlindungan bagi tempoh setahun untuk kehilangan atau kerosakan kenderaan berdasarkan faktor tertentu.

Turut ditawarkan ciri ‘Pay As You Drive’, yang memberi perlindungan kepada pelanggan yang jarang memandu atau memiliki beberapa kenderaan.

Beliau berharap produk itu dapat diakses secara meluas oleh pengguna sekaligus membolehkan syarikat menjangkau segmen pelanggan baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini