Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan disahkan positif COVID-19.  Perkara itu dimaklumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Datuk Seri Takiyuddin pada awalnya dijadual hadir ke Parlimen, bagi menjawab soalan berkaitan usaha kementeriannya dalam mengatasi isu kepupusan Harimau Malaya.

Soalan ketiga pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri itu dibangkitkan ahli parlimen Kemaman – Che Alias Hamid. Justeru, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi hadir ke Dewan Rakyat, bagi menggantikan Datuk Seri Takiyuddin bagi menjawab soalan berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini