Talian komunikasi membabitkan sambungan  internet di Tonga dijangka ambil masa sebulan atau lebih, untuk pulih sepenuhnya.

Berdasarkan kenyataan syarikat kabel komunikasi dasar laut kepulauan itu, lain-lain talian komunikasi seperti telefon bagaimanapun telah berjaya dipulihkan.

Bekalan elektrik masih belum stabil sepenuhnya dan kerap terputus selang dua atau tiga jam. Tragedi letusan gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apa  mengakibatkan kira-kira 105,000 orang terputus hubungan dengan dunia luar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini