Taliban didakwa mengarahkan pemilik kedai di barat Afghanistan untuk memotong kepala boneka pakaian dengan menegaskan ia menyerupai bentuk manusia yang melanggar undang-undang Islam.

Klip video yang menunjukkan lelaki menggergaji kepala patung di kedai di Herat, tular di media sosial, mengundang cemuhan dari dalam dan luar negara.

Perkara itu disahkan kepada AFP oleh Ketua Kementerian Promosi Kebajikan dan Pencegahan Maksiat di Herat, Aziz Rahman.

Sejak kembali berkuasa pada bulan Ogos, Taliban melaksanakan undang-undang Islam.

Beberapa pemilik kedai cuba melanggar perintah membuang kepala patung dengan menutupnya dengan selendang atau beg. Namun Aziz berkata, tindakan itu masih belum cukup.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini