Jurucakap pemerintah berkata ia  adalah langkah penting untuk menangani masalah pengangguran dalam kalangan penduduknya.

Skim berkenaan yang akan dilancarkan di bandar dan pekan utama Afghanistan , dijangka berupaya mengupah kira-kira 40 ribu lelaki .

Menerusi program dua bulan itu kira-kira 11 ribu 600 tan gandum diagihkan di ibu negara, selain kira-kira 55,000 tan lagi diagih di tempat lain .

Pekerjaan bagi buruh di Kabul itu termasuk menggali terusan air dan kawasan tadahan untuk salji di bukit bagi musim kemarau.

Skim makanan untuk kerja Taliban menyasarkan mereka yang  menganggur dan paling berisiko kebuluran ketika musim sejuk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini