Kemunculan atau persembahan melibatkan artis wanita di rangkaian TV Afghanistan adalah dilarang.

Itu antara beberapa garis panduan baharu bidang penyiaran yang dikeluarkan Taliban.

Menurut Kementerian Promosi Kebajikan dan Pencegahan Jenayah, larangan tersebut turut melarang kemunculan artis wanita dalam filem atau drama.

FilemĀ  tempatan atau asing dan sebarang bentuk persembahan hiburan yang bertentangan dengan nilai-nilai islam akan diharamkan.

Garis panduan sama juga mengarahkan wartawan wanita yang muncul di kaca televisyen wajib bertudung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini