Taliban mula menguasai lapangan terbang di Kabul pada Selasa setelah pesawat terakhir tentera Amerika Syarikat berlepas meninggalkan Afghanistan.

Beberapa kenderaan yang membawa pejuang Taliban dilihat menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai yang menjadi pangkalan udara tentera Amerika Syarikat sebelum ini.

Dengan berlepasnya pesawat terakhir Amerika Syarikat itu, ia menjadi tanda berakhirnya peperangan paling lama dalam sejarah negara Amerika Syarikat.

Sekumpulan puak Taliban yang dilengkapi dengan senjata berat mula mengawal bangunan simpanan pesawat serta memeriksa beberapa buah helikopter tentera Amerika yang ditinggalkan.

Minggu lalu, satu serangan pengebom nekad yang didalangi IS di lapangan terbang itu telah mengorbankan 169 rakyat tempatan dan 13 anggota tentera Amerika Syarikat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini