Taliban sedang mempersiapkan pengumuman anggota Kabinet pemerintahan baharu kerajaan Afghanistan.

Ketua Multimedia dan Kebudayaan Taliban, Ahmadullah Muttaqi di Twitter memaklumkan, pengumuman tersebut akan dibuat dalam waktu terdekat bertempat di Istana Presiden di Kabul.

Ahmadullah turut melampirkan beberapa keping gambar memaparkan sejumlah anggota Taliban sedang membuat persiapan majlis tersebut.

Bagaimanapun, Ahmadullah tidak memberi perincian lanjut mengenai bilakah majlis akan diadakan dan individu tersenarai dalam barisan Kabinet.

Sebelum ini, Taliban dilaporkan bakal membentuk pemerintahan inklusif dan lebih terbuka sementara pemerhati antarabangsa menyifatkan kabinet baharu yang bakal dibentuk itu menjadi penentu penerimaan negara asing terhadap pemerintahan Taliban di Afghanistan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini