Taliban meraikan kemenangannya dalam perarakan yang diadakan semalam dengan mempamerkan aset milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang dirampas.

Kebanyakan senjata termasuk sebuah helikopter jenis Black Hawk yang berlegar-legar di ruang udara adalah milik tentera AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik (NATO).

Perarakan di sepanjang lebuh raya di bandar kedua terbesar di Afghanistan, Kandahar menyaksikan deretan kenderaan hijau berbaris dengan dipasang bendera putih hitam Taliban.

Kandahar yang merupakan wilayah utama etnik Pashtun menganggotai Taliban yang ditubuhkan pada 1996.

Pada 2001, ketika pasukan tentera diketuai AS menyerang, Taliban menguasai hampir seluruh negara itu.

Pemimpin Taliban, Hibatullah Akhundzada, kini menetap di Kandahar selepas beberapa tahun dalam persembunyian.

Terdahulu, wujud khabar angin beliau akan muncul pada perarakan itu namun tidak menjadi kenyataan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini