Perdana Menteri Afghanistan, Mullah Mohammad Hassan Akhund, semalam berikrar kerajaannya tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. Beliau pada masa sama meminta badan kebajikan antarabangsa untuk terus menawarkan bantuan kepada negara yang dilanda perang itu.

Perkara itu dinyatakan Mullah Mohammad yang juga Pengasas bersama Taliban dalam ucapan audio yang disiarkan televisyen tempatan. Ia adalah ucapan pertamanya kepada negara selepas Taliban merampas kuasa pada Ogos lalu dan menjelang pertemuan antara Amerika Syarikat (AS) dan Taliban di Doha, minggu depan.

Beliau berkata, pihaknya memberi jaminan kepada semua negara bahawa tiada campur tangan dan Kabul mahu mempunyai hubungan ekonomi yang baik dengan mereka. Taliban merampas kuasa pada 15 Ogos lalu selepas menyingkirkan kerajaan sebelum ini yang disokong AS, selepas Washington membawa keluar tenteranya dari Afghanistan selepas perang selama 20 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini