Afghanistan menolak kecaman negara Barat berhubung dakwaan berlaku puluhan ‘pembunuhan tanpa perbicaraan sewajarnya’ terhadap bekas anggota pasukan keselamatan.

Perkara itu telah didokumenkan kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) sejak Taliban kembali berkuasa.

Jurucakap kementerian, Qari Sayed Khosti, dalam satu kenyataan video menegaskan laporan serta dakwaan berkenaan tidak bersandarkan kepada bukti, sekali gus menolaknya.Sebelum ini, Amerika Syarikat serta beberapa negara Barat yang lain menzahirkan ‘kebimbangan mendalam’ susulan dakwaan itu bersama kumpulan lain mengenai pelanggaran hak asasi manusia yang serius.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini