Taman Laut Pulau Payar di Langkawi yang ditutup kepada pengunjung ketika Perintah Kawalan Pergerakan kini dibuka semula. Bagaimanapun, hanya 100 pelancong sahaja dibenarkan berkunjung dalam tempoh seminggu.

Pengarah Jabatan Perikanan Kedah, Sukri Deris berkata, orang ramai yang mahu ke Taman Laut Pulau Payar perlu berhubung dengan operator pelancongan di Langkawi sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Perikanan untuk proses kelulusan. Tujuannya bagi memelihara dan memulihara sumber alam semula jadi terutamanya terumbu karang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini