Satu lagi tarikan baharu di Langkawi dengan pelancaran taman tema realiti maya pertama, VR Universal Langkawi (VRUL) di pulau lagenda tersebut.

Taman tema itu menawarkan 12 daya tarikan unik selain lebih 100 kandungan permainan yang memberi pengunjung pengalaman berhibur menggunakan teknologi Realiti Maya atau ‘Virtual Reality’ (VR) dan Realiti Terimbuh atau ‘Augmented Reality’ (AR).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, usaha RFK Technologies Sdn Bhd membangunkan VRUL mampu mempertingkat minat  dalam bidang VR dan AR.

Ini khususnya dalam sektor pendidikan termasuk menawarkan peluang pembangunan industri pelancongan berkonsepkan pendidikan teknologi.
 
Kerajaan ujar beliau melalui kementeriannya mewujudkan beberapa “inkubator permainan” yang memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk mengeksperimen pelbagai kit pembangunan VR dan AR.

Mengulas lanjut pembabitan SME Bank sebagai penyedia kemudahan pembiayaan dan khidmat nasihat projek pembangunan VRUL, Tan Sri Noh memaklumkan ia antara contoh usaha kementeriannya menjalankan tanggung jawab ke arah pembangunan ekonomi yang disasarkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini