593 pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dibenarkan pulang setelah menjalani tempoh kuarantin tujuh hari. Mereka merupakan kontak rapat kepada kes positif dikesan di sekolah tersebut pada 23 November lalu.

Penularan COVID-19 dikenali sebagai Kluster Persiaran Tasik itu telah memaksa penutupan sekolah buat sementara waktu. 139 individu termasuk pelajar, guru dan kakitangan sekolah didapati positif manakala 593 lagi disahkan kontak rapat.

Kesemua kontak rapat telah menjalani kuarantin 7 hari di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek Seremban dan di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Ibu bapa dan pelajar ditemui teruja dapat kembali bersua muka dan merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat melancarkan urusan sepanjang tempoh pengawasan.

Dalam pada itu, 114 pelajar dikesan positif pula dijadual pulang esok setelah tamat tempoh kuarantin 10 hari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini