Lebih 50 pohon pokok bunga tanjung ditanam di kawasan Kampung Seberang Jaya, Perlis. 

Ia bagi meningkatkan kesedaran terhadap kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan kualiti hidup selain menambah baik ekosistem.

Pengarah Jabatan Perhutanan Perlis, Awang Shaffie Awang Ahmadni berkata penanaman pokok berupaya melindungi daripada tiupan angin.

Fungsinya sebagai penampan atau pemecah angin bagi mengurangkan kesan langsung kepada kawasan perumahan jika berlaku angin kencang. 

Simbolik penanaman pokok terbabit disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini