RM1 bilion subsidi tambahan untuk ayam dan telur diperuntuk bagi Julai dan Ogos ini dalam usaha menangani cabaran kos sara hidup. Pertambahan itu menjadikan unjuran perbelanjaan subsidi tahun ini mencecah RM77.7 bilion.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta dibayar kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia, bermula Isnin lalu.

Sekitar RM730 juta disediakan untuk menampung subsidi harga ayam dan telur bagi tempoh lima bulan antara Februari hingga Jun. Berdasarkan Jabatan Perangkaan Negara, kadar inflasi negara bagi Mei lalu boleh mencecah hingga 11.4 peratus.

Namun, dasar subsidi telah membantu mengawal inflasi pada tahap 2.8 peratus.