Kementerian Pengangkutan diminta berbincang dengan pihak berkepentingan untuk merangka kadar tambang berpatutan bagi perkhidmatan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ujar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kadar tersebut hendaklah seperti tambang perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad yang disifatkan mesra rakyat.

Menurut Perdana Menteri, sebuah syarikat usaha sama antara Malaysia Rail Link (MRL) dan China Communications Construction Company (CCCC) sedang dirancang penubuhannya bagi mengendalikan operasi perkhidmatan ECRL.

Ia bakal beroperasi dengan nisbah kepentingan 50:50, antara kedua- dua pihak yang akan menanggung kos dan risiko operasi secara bersama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini