Sempena perasmian MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini.

Ia meliputi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL. Perasmian Datuk Seri Ismail Sabri menandakan perkhidmatan MRT fasa satu (Kwasa Damansara-Kampung Batu) mula beroperasi hari ini pada pukul 3 petang.

MRT laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer mempunyai sembilan stesen baharu meliputi Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Kepong Baru dan Kampung Batu.

Manakala tiga stesen merupakan sebahagian daripada MRT Laluan Kajang iaitu Kwasa Damansara, Kampung Selamat dan Sungai Buloh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini