Mulai hari ini, pengguna Skypark Link membabitkan laluan KL Sentral-Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, menikmati potongan harga tambang sebanyak 65 peratus.

Bagi pembayaran tanpa tunai, tambang dikurangkan daripada RM10 kepada RM3.50 sehala.

Jika membayar secara tunai pula, cajnya RM4 sehala.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, diskaun separuh harga akan diberi kepada kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun, pelajar sekolah, warga emas dan OKU.

Skypark Link menyediakan 32 perkhidmatan tren sehari dengan kekerapan 30 hingga 60 minit.

Perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Terminal Skypark, Subang mengambil masa 37 minit sahaja.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini