Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe melepaskan jawatannya secara rasmi hari ini.

Pengunduran itu disahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Menerusi satu kenyataan, Setiausaha Agungnya, Mohd Saifuddin Abu Bakar memaklumkan Cheng Hoe telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM dan menyatakan hasratnya tersebut.

Ini berikutan kegagalan skuad kendaliannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.

Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan telah bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak.

FAM mengucapkan penghargaan atas khidmat bakti Cheng Hoe yang telah berkhidmat selama 14 tahun bersama skuad kebangsaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini