Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak (NSMC) di Petra Jaya, kira-kira pukul 7.05 pagi tadi.

Mendiang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19, apda usia 72 tahun.

Berita disahkan Ahli Parlimen Hulu Rajang yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak, Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Datuk Wilson Ugak yang juga bekas Setiausaha Sulit kepada mendiang turut memaklumkan jasad mendiang dibawa ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak untuk urusan selanjutnya.

Tan Sri Datuk Amar Dr. James meninggalkan seorang balu Dato Corrine Masing dan 5 orang anak.

Mendiang yang merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Balleh dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri sejak 2016.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, disahkan positif Covid-19 sejak September lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini