Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memulangkan semula pasport antarabangsanya buat sementara bermula 27 Oktober hingga 30 November ini. 

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, membenarkan permohonan itu selepas tiada bantahan daripada pihak responden.   

Ia bertujuan bagi menguruskan anak lelakinya yang menyambung pengajian di New York, Amerika Syarikat. 

Tan Sri Shafee juga berjanji akan mengembalikan pasportnya kepada mahkamah selewat-lewatnya 3 Disember ini.  

Justeru, mahkamah membenarkan perbicaraan ditangguhkan dan menetapkan prosiding bersambung esok serta melapangkan tarikh pada November ini.  

Tan Sri Muhammad Shafee didakwa dengan dua pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.  

Beliau didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini