Insiden tanah runtuh di Tanah Rata, Cameron Highlands, semalam.

Empat lelaki nyaris maut apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian itu.

Jurucakap bomba berkata ia yang berlaku berhampiran Hotel Smoke House, menyebabkan empat mangsa tersepit dalam SUV.

Mereka dikeluarkan oleh orang awam dan anggota bomba.

Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Difahamkan, hujan lebat menyebabkan sembilan insiden sedemikian berlaku di Cameron Highlands sehingga menyebabkan jalan terputus. Lokasi melibatkan tiga di Brinchang, tiga di Tanah Rata dan tiga lokasi lagi di Ringlet.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini