Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan di Jalan Jimah – Sendayan kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof dalam satu kenyataan berkata, kejadian tanah runtuh itu berlaku ekoran  hujan lebat yang berlaku sejak semalam melibatkan jalan yang menghala dari Jimah ke Sendayan. 

Tindakan telah diambil oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban bagi memantau situasi semasa. 
 
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, kerja-kerja pembersihan mula dilakukan sejak pukul sembilan pagi tadi dan wakil dari Jabatan Kerja Raya serta agensi Kawal Selia turut meninjau situasi terkini.

Kejadian dipercayai berpunca daripada longkang pemaju yang runtuh dan menyebabkan paip pecah.

Sementara itu, hujan lebat sejak petang semalam turut mengakibatkan beberapa kawasan di Negeri Sembilan mengalami banjir kilat.

Menerusi kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, lima PPS dibuka yang menempatkan seramai 274 penduduk terjejas banjir

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini