Satu kejadian tanah runtuh berlaku di daerah Rudrapayag, India.
Dalam satu rakaman video, satu bahagian besar tanah, runtuh di tepi bukit dengan debu naik ke udara.
Pegawai Pengurusan Bencana Daerah, Nandan Singh berkata runtuhan hanya melibatkan beberapa kandang lembu dan tandas jatuh ke tebing Sungai Alaknanda.
Pihak berkuasa menutup kawasan itu dan memindahkan beberapa keluarga ke tempat selamat.
Setakat ini tiada laporan kehilangan nyawa dan harta benda.