Jabatan Mineral dan Geosains melaporkan 12 lagi tanah runtuh dikesan dengan 10 berlaku di Kuala Lumpur.

Masing-masing satu di Selangor dan Negeri Sembilan.

Kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, ia menjadikan jumlah kumulatif kejadian tanah runtuh sepanjang tempoh bencana Monsun Timur Laut sebanyak 262 di seluruh negara.

Sementara itu, laporan bencana Jabatan Kerja Raya setakat semalam berkata secara kumulatif berlaku kejadian bencana di 965 lokasi jalan terjejas di 10 negeri.

Manakala, 98 peratus daripada 1,062 infrastruktur komunikasi yang terjejas telah dibaik pulih dan baki 28 masih dalam proses baik pulih.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini