Susulan kejadian tanah runtuh yang merosakkan sebuah bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabandil Papar, Sabah pada Sabtu lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan ll, Datuk Mohammad Alamin berkata, keutamaan akan diberikan untuk gantian penuh bangunan sekolah terjejas tersebut.

Dalam pada itu, Datuk Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata, penetapan projek pembangunan semula atau menaik taraf bangunan sekolah daif dibuat berdasarkan analisis skor gred impak.

Jelas beliau, sekolah pada Skala 7 merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan syor roboh daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).