Tanah runtuh berlaku di kilometer 62.9 di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Bentong, kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.
 
Kejadian mengakibatkan laluan menghala ke Bentong tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan.
 
Menurutnya, kejadian menyebabkan aliran trafik di kawasan itu menjadi sesak kerana dipenuhi kenderaan yang mahu menghala ke Bentong.

Jelas beliau, aliran air dari lereng bukit akibat hujan lebat berterusan, berkemungkinan menyebabkan berlaku runtuhan yang membawa longgokan batang kayu dan tanah ke laluan terbabit. Pihaknya kini sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini