Sebuah syarikat yang berpangkalan di Stockholm, Sweden memperkenalkan kaedah baharu untuk membawa pasport vaksin COVID-19 dengan menggunakan cip mikro yang ditanam di bawah kulit.

Cip mikro implan sebesar sebutir beras itu menggunakan teknologi komunikasi medan dekat (NFC).

Implan itu hanya perlu diimbas dengan menggunakan telefon pintar untuk mendapatkan status vaksinasi seseorang.

Menurut syarikat tersebut, cip mikro itu tidak bateri dan tidak berkeupayaan menghantar isyarat dengan sendiri, serta hanya aktif selepas diimbas menggunakan telefon pintar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini