Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila tangannya tersekat pada paip polivinil klorida (PVC) penyambung ke pam penyedut air kolam mandi, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 5 petang ketika mangsa mandi bersama ahli keluarganya di sebuah kolam di sebuah resort di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Isharudin Ishak berkata, pihaknya dimaklumkan, ketika kejadian mangsa secara tidak sengaja memasukkan tangan ke dalam saluran paip sepanjang satu meter itu.

Pemilik resort telah datang membantu dan memotong paip itu sebelum keluarga mangsa membawanya ke ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah pada 5.15 petang tadi.

Bomba mengambil masa 34 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa.

Akibat kejadian, tangan mangsa mengalami sedikit luka melecet.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini