Peminat sukan lasak yang bercadang untuk mengadakan aktiviti di perkampungan Orang Asli di pedalaman Gua Musang, Kelantan ketika musim tengkujuh dinasihati menangguhkan aktiviti itu. 
 
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, aktiviti berkenaan tidak sesuai diadakan ketika musim hujan atas faktor keselamatan serta menyebabkan kerosakan jalan di kawasan perkampungan Orang Asli.

Bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, sebarang aktiviti ke perkampungan Orang Asli perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa.
 
Antara kawasan Orang Asli di Gua Musang yang masih menggunakan laluan balak dan terjejas ketika tengkujuh ialah Pos Tohoi, Pos Bihai, Pos Balar, Pos Simpor, Pos Belatim, Pos Hau, Pos Pasik dan Pos Gob.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini