Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menegaskan, mana-mana rakyatnya yang tidak disuntik vaksin COVID-19 akan ditahan sekiranya didapati bergerak bebas dalam kalangan masyarakat.

Amaran tegas itu disuarakan berikutan jangkitan kes baharu mencatat rekod tertinggi dalam tempoh tiga bulan.

Menurut beliau, pemimpin masyarakat diminta mengawasi mereka yang tidak divaksin dan memastikan tidak meninggalkan rumah masing-masing atau berdepan tindakan tegas.

Jangkitan harian di Filipina mencapai tahap tertinggi sejak 26 September lalu dengan 17,220 kes pada semalam termasuk jangkitan varian Omicron.

Di bawah undang-undang sedia ada, orang yang tidak divaksin hanya boleh meninggalkan rumah untuk tujuan penting saja.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini