Tanjung Dawai di Merbok, Kedah, antara lokasi dikenalpasti untuk dibangunkan di bawah agenda ‘Membandarkan Luar Bandar’ bagi meningkatkan kualiti kehidupan lebih baik di desa. Usaha memacu pembangunannya sekali gus dapat membasmi kemiskinan di luar bandar.

Antaranya, cadangan Penempatan Semula Penduduk menaiktaraf infrastruktur jalan raya dan membina jambatan antara Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka. Selain itu, membina pintu gerbang dan menara tinjau sebagai mercu tanda baharu Tanjung Dawai.

Kesemua projek ini untuk mengangkat dan melestarikan Kota Nelayan Tanjung Dawai sebagai destinasi tarikan pelancongan di Kedah. Tanjung Dawai juga signifikan sebagai kawasan ekologi dan warisan budaya antarabangsa. Terletak dalam Koridor Hutan Paya Bakau Semeling yang kini dalam proses diwartakan sebagai rizab Biosfera UNESCO Ketiga Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini