Program Transformasi Perusahaan Getah Nasional (TARGET) bakal dilancarkan bulan depan, bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah di seluruh negara.

Sekaligus, memupuk nilai daya saing dan kemampanan sektor pertengahan industri getah.
 

TARGET akan menyatukan golongan belia terdiri daripada pekebun kecil, peniaga, usahawan dan koperasi kecil getah untuk membentuk sebuah konsortium atau koperasi lebih besar.
 
Koperasi ini akan memproses getah skrap dikeluarkan pekebun kecil kepada getah krip yang lebih bernilai tambah. 

Projek tersebut akan dilaksana dengan sasaran 200 pekebun kecil getah bagi setiap koperasi yang layak.
 
Datuk Zuraida menjawab pertanyaan wakil Baling – Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini