Tarif elektrik untuk isi rumah dan komersial  di Turki naik mendadak 50 hingga 100 peratus hari ini.

Turut melonjak, harga gas asli untuk kegunaan kediaman dan industri masing-masing naik 25 peratus dan 50 peratus.

Kenaikan terbabit menambah tekanan kepada ekonomi Turki yang kini dibelenggu krisis inflasi melepasi 30 peratus sejak Disember lalu.

Ia susulan kejatuhan mata wang Lira disebabkan beberapa pemotongan kadar faedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini