Turki menaikkan harga elektrik dengan mendadak sebanyak 50% hingga 100% untuk isi rumah dan syarikat hari ini.

Ia sekaligus menambah tekanan kepada ekonomi-nya yang kini berdepan krisis inflasi yang melambung tinggi.

Untuk tahun 2022, harga elektrik dinaikkan sebanyak 50 peratus untuk isi rumah permintaan rendah.

Manakala untuk pengguna komersial permintaan tinggi, harga elektrik dinaikkan lebih daripada 100 peratus.

Harga gas asli pula melonjak 25 peratus untuk kegunaan kediaman dan 50 peratus untuk kegunaan industri pada Januari.

Inflasi tahunan Turki naik mendadak pada November dan melepasi 30 peratus pada Disember.

Ia susulan kejatuhan mata wang Lira disebabkan beberapa pemotongan kadar faedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini