Mulai 1 Januari 2022 pengguna domestik dan industri di Semenanjung  boleh memilih untuk beralih kepada penggunaan bekalan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) yang dijana dari sumber loji jana kuasa solar dan hidro. 

Bekalan elektrik bercirikan hijau dan mesra alam itu ditawarkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menerusi pelancaran Tarif Elektrik Hijau atau Green Electricity Tariff (GET).

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan,  GET menawarkan 4500 GigaWatt jam tenaga elektrik daripada sumber TBB setahun. 

Pelanggan GET akan dikenakan bayaran tambahan 3.7 sen bagi setiap kiloWatt jam TBB yang dibeli.

Langganan GET ditawarkan secara blok iaitu 100 kiloWatt jam satu blok bagi premis kediaman dan 1000 kiloWatt jam bagi premis bukan kediaman. 

Permohonan untuk melanggan bekalan elektrik daripada sumber TBB di bawah program GET dibuka mulai 1 Disember depan. Pengguna boleh membuat permohonan di laman sesawang Tenaga Nasional Berhad (TNB).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini