Tengku Datuk Seri Zafrul turut memaklumkan, tarikh akhir pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang kekal pada 30 Jun ini.

Bagaimanapun, tempoh pendaftaran kenderaan yang dibeli sehingga tempoh tersebut dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023 bagi membolehkan pembeli turut menikmati insentif pengecualian cukai berkenaan.

Keputusan tersebut merupakan penyelesaian bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula demi memelihara kebajikan rakyat serta ekonomi negara. 

Biarpun sektor automotif telah kembali beroperasi, sejumlah permintaan belum dapat dipenuhi ekoran gangguan rantaian bekalan global terutama melibatkan cip mikro semikonduktor.

Susulan itu, 264,000 unit kenderaan ditempah dalam tempoh pengecualian cukai jualan masih belum siap dan tidak dapat dibekalkan kepada pembeli.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini