Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas 9 Februari ini bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Johor ke-15.

Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan beberapa tarikh penting seperti Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, dan Daftar Pemilih yang akan digunakan.

Sabtu lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada pilihan raya.

Kerajaan negeri sebelum ini diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi, manakala Pakatan Harapan, 27 kerusi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini