Pembangunan Tasik Cermin Eco Park Ipoh merupakan antara produk pelancongan terbaharu yang dijangka dapat meningkatkan kedatangan pelancong ke Perak.
 
Dibangunkan atas tapak bekas kuari seluas 65 ekar, ia merupakan salah satu daripada 19 geotapak yang terletak dalam Geopark Lembah Kinta.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, kerjasama pihak awam dan swasta dapat membantu kerajaan negeri untuk memelihara serta  mempromosi Geopark Lembah Kinta sebagai salah satu Geopark Kebangsaan utama negara. 

Antara kemudahan yang disediakan termasuk surau, tandas awam kawasan pejalan kaki, kiosk makanan dan minuman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini