Institut Meteorologi Belgium mengeluarkan amaran ribut berstatus jingga sebagai persiapan menghadapi Taufan Eunice.

Ombak besar dilihat menghempas pesisiran pantai di Blankenberge manakala orang ramai pula bergelut melawan angin kuat ketika berjalan di sekitar ibu negara Brussels yang menjadi pusat penempatan Suruhanjaya Eropah dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Institut Meteorologi Belgium meramalkan angin kencang sekuat 130 kilometer sejam akan melanda kawasan utara pantai.

Taufan Eunice yang turut melanda beberapa negara di Eropah Utara termasuk Britain, Ireland dan Belanda telah menjejaskan sistem pengangkutan di Belgium.

Taufan berkenaan berpunca daripada ribut yang berlaku di Lautan Atlantik sejak Jumaat lalu dan telah meragut sekurang-kurangnya satu nyawa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini