Taufan Ida yang membadai Amerika Syarikat sejak Ahad lalu menyaksikan beberapa bandar utama negara itu terjejas.

Sekurang-kurangnya 41 orang maut akibat Taufan Ida itu.

Selain perintah berkurung dikuat kuasakan di seluruh New Orleans, taufan yang diklasifikasikan sebagai ribut kategori empat tersebut turut menjejaskan Louisiana dan membawa hujan lebat disusuli banjir lumpur di New York.

Gabenor New York, Kathy Hochul telah mengisytiharkan darurat di bandar berkenaan.

Taufan Ida yang melanda wilayah timur Amerika Syarikat itu, memaksa pihak berkuasa membatalkan ratusan penerbangan dan mengisytiharkan darurat.

Jalan-jalan utama terpaksa ditutup, manakala stesen keretapi bawah tanah tidak dapat beroperasi kerana dinaiki air.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini