Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) susulan kejadian Taufan Ida yang melanda Luisiana giat dilakukan pasukan penyelamat Amerika Syarikat (AS). Kejadian Selasa lalu itu menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh manakala ramai penduduk masih terperangkap akibat banjir yang memusnahkan rumah dan harta benda.

Sementara itu di Mississippi yang turut dilanda hujan lebat menyebabkan sebatang jalan runtuh sehingga meragut dua nyawa manakala 10 yang lain cedera. Taufan itu turut menyebabkan bandar New Orleans terputus bekalan elektrik lebih 24 jam.

Susulan itu, Gabenor Louisiana John Bel Edwards menzahirkan kebimbangan kerana masih ramai penduduk gagal dihubungi dan tidak diketahui lokasi berada. Usaha SAR giat dilaksana menggunakan bot dan kenderaan lasak terutama di kawasan kejiranan yang terputus hubungan.

Sebilangan penduduk di LaPlace, berhampiran New Orleans turut meminta bantuan menggunakan media sosial untuk memberitahu keadaan mereka yang terperangkap dalam banjir. Angka kematian dan bilangan penduduk yang cedera dijangka terus meningkat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini