Angka korban akibat taufan Rai yang membadai Filipina, meningkat kepada 75 orang.  Datuk Bandar Bohol, Arthur Yap melaporkan 49 lagi kematian direkodkan di bandar pelancongan itu.

10 orang masih hilang dan 13 cedera. Lebih 300,000 orang lagi meninggalkan kediaman masing-masing dan resort di tepi pantai. Taufan Rai membawa kekuatan angin 195 kilometer sejam itu turut memusnahkan kemudahan elektrik dan komunikasi di kebanyakan kawasan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini