Taufan Rai yang dilaporkan sebagai taufan paling kuat membadai Filipina tahun ini mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut, hari ini. Bencana alam itu turut menyebabkan lebih 300,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman dan resort di pantai.

Selain itu, beberapa kawasan terputus hubungan, manakala bumbung sejumlah bangunan pula tercabut ketika Taufan Rai membadai wilayah tengah dan selatan negara ini.

Taufan kuat itu membawa angin kencang mencecah kelajuan 195 kilometer sejam ketika melanda Pulau Siargao, semalam. Namun, agensi ramalan cuaca negara ini memaklumkan kelajuan angin itu menurun kepada 155 kilometer sejam, hari ini.

Sementara itu, sejumlah penerbangan dibatalkan di seluruh Filipina, semalam, dan puluhan pelabuhan ditutup sementara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini