Di Pahang pula, pihak berkuasa mendedahkan modus operandi taktik terbaharu penipuan dalam talian.

Ketua Polis Pahang,Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa diperdaya dengan tawaran pekerjaan dengan imbuhan menarik selain sentiasa melindungi maklumat peribadi.

Justeru, masyarakat dinasihat tidak mudah terpedaya dengan taktik sedemikian, walaupun memerlukan sumber pendapatan.

Pihak industri perbankan juga, katanya perlu mengetatkan sistem perbankan dalam talian berikutan kerugian jutaan ringgit dikaut pihak terlibat.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan AJK Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Kuantan.

Sementara itu, Naib Pengerusi Kanan MCPF Pusat, Dato’ Sri Ayub Yaakob berkata, komuniti turut berperanan membantu menyebarkan kesedaran mengenai jenayah seperti ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini