Tawau, Sabah merekodkan kes import pertama Omicron.

Kes, lelaki warga Malaysia, baru pulang menunaikan umrah di Arab Saudi pada 9 hingga 18 Disember lalu.

Dia tiba Malaysia menerusi KLIA pada 19 Disember dan pulang ke Tawau bersama isterinya sehari kemudian.

Kedua-dua individu terbabit kemudiannya diarah menjalani kuarantin dirumah.

Mereka juga telah selesai menjalani kuarantin pada 1 Januari serta pulih daripada jangkitan virus berkenaan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini