Pengakhiran derita ‘Buaya Berkalung Tayar’ di Palu, Indonesia, pernah dikongsi sebelum ini.

Terbaharu, tayar motosikal yang tersangkut pada leher buaya terbabit difahamkan akan dipamerkan di sebuah muzium.

Datuk Bandar Palu, Hadianto Rasyid berkata, tayar itu akan disimpan dalam kotak kaca dan dipamerkan di muzium untuk tontonan orang ramai.

Tayar motosikal berkenaan dilaporkan tersekat pada leher reptilia tersebut sejak 2016 dan sejak itu ia diberi jolokan ‘buaya berkalung tayar’

Pelbagai pihak termasuk pasukan dari luar negara cuba mengeluarkannya, namun menemukan kegagalan, hinggalah baru-baru ini ia berjaya dikeluarkan oleh seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Tili.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini