Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan bakal menyaksikan sejumlah besar penumpang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti persekolahan berakhir. Pengurus Kanan (operasi) TBS, Faizal Redza Redzuan berkata berdasarkan sistem tiket untuk tempoh 31 Mei hingga 9 Jun, kira-kira 140,000 orang telah membeli tiket ke terminal bas TBS. Pihaknya juga menganggarkan kira-kira seribu bas dari utara, selatan dan pantai timur semenanjung memasuki TBS pada hujung minggu ini. Malah kira-kira 11 ribu orang akan bergerak keluar ke pelbagai destinasi dari TBS.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini