Menteri Pertahanan dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina akan bertemu 27 Januari ini bagi berbincang mengukuhkan Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) untuk meningkatkan kawalan keselamatan di Laut Sulu, Sulawesi dan Pantai Timur Sabah.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,  perkara itu telah disuarakannya dan dipersetujui rakan sejawatnya di Indonesia dan Filipina.

Beliau berkata demikian pasa disang media selepas lawatan kerja ke Kem Kukusan di Tawau.

Dalam pada itu, Datuk Hishammuddin memaklumkan, sepanjang tahun lepas operasi keselamatan di pantai timur Sabah berjalan lancar dan berupaya menangani ancaman  termasuk penculikan untuk wang tebusan, rompakan laut, penyeludupan, kemasukan pendatang haram dan militian. 

Beliau turut mengumumkan pembinaan kem baharu Tentera Darat di Felda Sahabat Lahad Datu tahun ini dengan peruntukan RM646.15 juta bagi memperkasa kawalan keselamatan di Pantai Timur Sabah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini